workimg

Khalifah Ali Ibn Abi Talib (KW)

Beliau sepupu Rasulallah SAW dan juga menantunya. Isterinya ialah Saidatina Fatimah Az-zahra putri Rasulallah SAW. Diantara anak-anaknya ialah Hasan dan Husein cucu kesayangan Nabi SAW. Imam Ali lahir di Makkah al-Mukarramah dan wafat di Kufah (Iraq) pada 17 Ramadhan tahun 40 H (27 Januari 661). Beliau bukan sahaja seorang perwira yang terbilang, tetapi juga seorang yang luas Ilmu Pengetahuannya.

Imam Ali bin Abi Talib Karramallahu wajhah artinya dipermuliakan Allah mukanya, karena beliau tidak pernah menyembah berhala, bahkan ia telah memeluk Islam semasa ia kanak-kanak lagi.Imam Ali semenjak kanak-kanak hingga dewasa telah mendapat didikan langsung dari Rasullah SAW, karena beliau tinggal bersama Nabi SAW.

Setelah Khalifah Othman bin Affan wafat, maka orang ramai melantik Imam Ali sebagai Amir al-Mu'minin, Setelah tiba Hari Jum'at maka Imam Ali bin Abi Talib naik mimbar, dan mereka yang ketinggalan daripada"Mubaya'ah (mengaku taat setia) datang beramai-ramai berikrar mengaku taat setia kepadanya.

Khalifah Ali dalam menjalankan pemerintahannya selalu berpesan kepada para pegawainya: "Berlaku adillah kamu kepada orang ramai, dan sabarlah mendengar segala tuntutan mereka, karena mereka itulah perbendaharaan negara. Janganlah kamu menyekat seseorang rakyat daripada mendapat sesuatu hajatnya."

Beliau juga berpesan: "Berhati-hatilah kamu tentang memungut hasil negeri dan utamakanlah terlebih dahulu akan chara2 yang akan mendatangkan faedah kepada pembayar2nya. Pihak pemerintah yang hanya pandai memungut hasil dengan tidak mengutamakan kebajikan rakyatnya dan membiarkan mereka hidup menderita, bermakna pihak pemerintah dengan sengaja menjahanamkan negeri dan membinasakan penduduknya, bahkan keadaan itu akibatnya akan mendatangkan bahaya tidak diingini.

Sebagai seorang pejuang, ketika bersama Rasulallah SAW terutama di peperangan Badar yaitu peperangan awal pertama berlaku diantara kaum Muslimin dengan Musyrikin, maka ramailah musuh yang tubang ditangan Imam Ali k.w.Dipeperangan Uhud, telah menunjukkan gagah beraninya dalam membela Islam dan Nabi s.a.w.meskipun ramai yang melarikan diri dari sekitar Nabi s.a.w. tetapi beliau tetap disamping nabi s.a.w.dan tindakan beliau itu telah dapat menyelamatkan kedudukan Rasulallah s.a.w. dari kepongan musuh ketika itu.

Demikian pula dalam peperangan Khaibar Rasulallah s.a.w.telah melantik saidina Ali sebagai panglima perang dan mencapai kemenangan bagi pihak Islam.

Kesimpulannya Imam Ali telah berjuang bersama Rasulallah s.a.w. disemua medan peperangan yang berlaku antara kaum Muslimin dan Musyrikin, kecuali medan perang Tabuk, karena ketika itu Rasulallah s.a.w melantik saidina Ali menjadi ketua pemerintahan di Madinah. Demikianlah ringkasan kisah saidina Ali dalam perjuangannya membela Islam.

About the Author

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer lorem quam, adipiscing condimentum tristique vel, eleifend sed turpis. Pellentesque cursus arcu id magna euismod in elementum purus molestie Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer lorem quam, adipiscing condimentum tristique vel, eleifend sed turpis. Pellentesque cursus arcu id magna euismod in elementum purus molestie

3 Comments

by User Reply

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer lorem quam, adipiscing condimentum tristique vel, eleifend sed turpis. Pellentesque cursus arcu id magna euismod in elementum purus molestie

by User Reply

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer lorem quam, adipiscing condimentum tristique vel, eleifend sed turpis. Pellentesque cursus arcu id magna euismod in elementum purus molestie

by User Reply

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer lorem quam, adipiscing condimentum tristique vel, eleifend sed turpis. Pellentesque cursus arcu id magna euismod in elementum purus molestie

Leave Comment